Tuesday, 10 December 2013

Tanda-tanda Hari Kiamat

Tanda-tanda Awal
Rasulullah S.A.W telah bersabda (mafhumnya), "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, "Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."


Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."


Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya : Penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari,


"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - -Sahih Muslim


"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” - Ibnu Majah


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” - Riwayat Nasai.


"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. - Riwayat Ahmad


"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani


"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani & Sahih Muslim


"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” -Sahih Muslim


"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - -Riwayat Ahmad


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."




Tanda-tanda Akhir


“Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?" Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."


Sabda Rasulullah S.A.W. (mafhumnya)"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Asap, Dajjal, Binatang melata di bumi, Terbitnya matahari sebelah barat, Turunnya Nabi Isa A.S, Keluarnya Yakjuj dan Makjuj, Gerhana di timur, Gerhana di barat, Gerhana di jazirah Arab, dan Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka."


Asap. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Dajjal. Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Binatang melata di bumi. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Terbitnya matahari sebelah barat

Turunnya Nabi Isa A.S. Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Gerhana di timur

Gerhana di barat

Gerhana di jazirah Arab

Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka
Wallahua'lam

Doa ringkas selepas solat




Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Pelbagai kegunaan Ubat Gigi

1) Melegakan kerengsaan akibat gigitan serangga, luka atau lepuh.
- Sapukan ubat gigi pada kerengsaan / gigitan tersebut bagi menghentikan kegatalan dan mengurangkan bengkak. 
- Bila disapukan pada luka atau lecet, ianya akan kering dan memungkinkan luka sembuh dengan cepat. Seeloknya disapukan pada waktu malam.

2) Melegakan sakit akibat melecur/terbakar.
- Hanya untuk luka kecil, dan luka tertutup sahaja, ianya dapat memberikan kelegaan/rasa dingin buat sementara.
- Sapukan dengan segera di kawasan yang terkena lecur, ianya dapat melegakan rasa berdenyut dan mengelakkan luka dari terbuka.

3) Mengurangkan cela pada wajah
- Ingin mempercepatkan penyembuhan jerawat? Haa..sapukan je ubat gigi pada jerawat (seeloknya malam sebelum tidur) dan cucilah dengan bersih pada pagi harinya.

4) Untuk membersihkan kuku
- Untuk kuku bersih, bersinar dan kuat, hanya gosokkan ubat gigi (menggunakan berus gigi) di bahagian bawah dan atas kuku anda.

5) Sebagai gel rambut
- Sekiranya anda gemarkan stail rambut yang extrem dan tahan lama, cuba gunakan ubat gigi sebagai gel rambut sekiranya anda kehabisan gel rambut yang biasa anda gunakan.

6) Menyahbau busuk yang melekat di tangan
- Bawang putih, bawang merah, ikan dan apa sahaja bau makanan yang melekat di tangan, dapat dihilangkan dengan menyental tangan dan hujung jari anda dengan ubat gigi. 

7) Menghilangkan kotoran
- Ubat gigi dalam menghilangkan kotoran yang melekat pada pakaian ataupun permaidani. 
- Untuk pakaian, sapukan ubat gigi pada kotoran dan gosok kotoran sehingga hilang, dan basuh seperti biasa.
- Untuk permaidani, sapukan pada kotoran dan gosok dengan menggunakan berus kasar kemudian bilas.

8) Memperkemaskan kasut kotor
- Sangat sesuai untuk kasut sukan atau kasut jenis kulit.
- Sapukan pada tempat yang kotor/haus, gosok dan kemudian lap bersih.

9)  Menghilangkan kesan krayon pada dinding bercat
- Sangat berguna untuk anda yang ada anak yang suka menconteng dinding hehehe..
- Sapukan ubat gigi pada kain yang basah, kemudian gosok perlahan dan anda akan lihat kesan krayon tersebut hilang.

10) Mengilatkan barang perhiasan atau barangan yang diperbuat daripada perak
- Gosokkan ubat gigi pada barangan tersebut dan biarkan semalaman. Lap sehingga bersih dengan kain yang lembut keesokan paginya.
- Untuk mengilatkan berlian, gosok perlahan dengan berus gigi, ubat gigi dan sedikit air. Bilas sehingga kesan ubat gigi hilang.
- Kaedah ini tidak sesuai utk barangan mutiara, kerana ianya akan merosakkan mutiara tersebut.

11) Memadam goresan pada CD atau DVD
- Sapukan lapisan nipis uabt gigi pada kesan goresan, gosok dengan lembut dan bilas sehingga bersih.

12) Menghilangkan bau masam botol susu bayi
- Gunakan ubat gigi dan gosok botol susu. Pastikan botol dibilas bersih!