Tuesday, 10 December 2013

Tanda-tanda Hari Kiamat

Tanda-tanda Awal
Rasulullah S.A.W telah bersabda (mafhumnya), "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, "Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."


Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."


Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya : Penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari,


"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - -Sahih Muslim


"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” - Ibnu Majah


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” - Riwayat Nasai.


"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. - Riwayat Ahmad


"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani


"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani & Sahih Muslim


"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” -Sahih Muslim


"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - -Riwayat Ahmad


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."




Tanda-tanda Akhir


“Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?" Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."


Sabda Rasulullah S.A.W. (mafhumnya)"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Asap, Dajjal, Binatang melata di bumi, Terbitnya matahari sebelah barat, Turunnya Nabi Isa A.S, Keluarnya Yakjuj dan Makjuj, Gerhana di timur, Gerhana di barat, Gerhana di jazirah Arab, dan Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka."


Asap. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Dajjal. Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Binatang melata di bumi. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Terbitnya matahari sebelah barat

Turunnya Nabi Isa A.S. Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Gerhana di timur

Gerhana di barat

Gerhana di jazirah Arab

Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka
Wallahua'lam

Doa ringkas selepas solat




Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Pelbagai kegunaan Ubat Gigi

1) Melegakan kerengsaan akibat gigitan serangga, luka atau lepuh.
- Sapukan ubat gigi pada kerengsaan / gigitan tersebut bagi menghentikan kegatalan dan mengurangkan bengkak. 
- Bila disapukan pada luka atau lecet, ianya akan kering dan memungkinkan luka sembuh dengan cepat. Seeloknya disapukan pada waktu malam.

2) Melegakan sakit akibat melecur/terbakar.
- Hanya untuk luka kecil, dan luka tertutup sahaja, ianya dapat memberikan kelegaan/rasa dingin buat sementara.
- Sapukan dengan segera di kawasan yang terkena lecur, ianya dapat melegakan rasa berdenyut dan mengelakkan luka dari terbuka.

3) Mengurangkan cela pada wajah
- Ingin mempercepatkan penyembuhan jerawat? Haa..sapukan je ubat gigi pada jerawat (seeloknya malam sebelum tidur) dan cucilah dengan bersih pada pagi harinya.

4) Untuk membersihkan kuku
- Untuk kuku bersih, bersinar dan kuat, hanya gosokkan ubat gigi (menggunakan berus gigi) di bahagian bawah dan atas kuku anda.

5) Sebagai gel rambut
- Sekiranya anda gemarkan stail rambut yang extrem dan tahan lama, cuba gunakan ubat gigi sebagai gel rambut sekiranya anda kehabisan gel rambut yang biasa anda gunakan.

6) Menyahbau busuk yang melekat di tangan
- Bawang putih, bawang merah, ikan dan apa sahaja bau makanan yang melekat di tangan, dapat dihilangkan dengan menyental tangan dan hujung jari anda dengan ubat gigi. 

7) Menghilangkan kotoran
- Ubat gigi dalam menghilangkan kotoran yang melekat pada pakaian ataupun permaidani. 
- Untuk pakaian, sapukan ubat gigi pada kotoran dan gosok kotoran sehingga hilang, dan basuh seperti biasa.
- Untuk permaidani, sapukan pada kotoran dan gosok dengan menggunakan berus kasar kemudian bilas.

8) Memperkemaskan kasut kotor
- Sangat sesuai untuk kasut sukan atau kasut jenis kulit.
- Sapukan pada tempat yang kotor/haus, gosok dan kemudian lap bersih.

9)  Menghilangkan kesan krayon pada dinding bercat
- Sangat berguna untuk anda yang ada anak yang suka menconteng dinding hehehe..
- Sapukan ubat gigi pada kain yang basah, kemudian gosok perlahan dan anda akan lihat kesan krayon tersebut hilang.

10) Mengilatkan barang perhiasan atau barangan yang diperbuat daripada perak
- Gosokkan ubat gigi pada barangan tersebut dan biarkan semalaman. Lap sehingga bersih dengan kain yang lembut keesokan paginya.
- Untuk mengilatkan berlian, gosok perlahan dengan berus gigi, ubat gigi dan sedikit air. Bilas sehingga kesan ubat gigi hilang.
- Kaedah ini tidak sesuai utk barangan mutiara, kerana ianya akan merosakkan mutiara tersebut.

11) Memadam goresan pada CD atau DVD
- Sapukan lapisan nipis uabt gigi pada kesan goresan, gosok dengan lembut dan bilas sehingga bersih.

12) Menghilangkan bau masam botol susu bayi
- Gunakan ubat gigi dan gosok botol susu. Pastikan botol dibilas bersih!

Saturday, 30 November 2013

CARA MENDIDIK BAYI SUPAYA PINTAR

Beberapa bayi secara alami cenderung menjadi pintar oleh faktor genetika, sementara yang lain tidak mendapatkan kepintaran dari faktor genetika. Tentu saja, setiap orangtua berharap anaknya menjadi pintar. Namun, sebagai orang tua itu adalah tugas kita untuk memelihara dan memanfaatkan potensi penuh dari anak-anak kita sejak lahir.

Namun, orang tua sering terlalu sibuk, terlalu lelah dan terlalu malas untuk menyediakan waktu yang diperlukan untuk perkembangan awal bayi. Akibatnya, anak-anak sekarang harus menghabiskan banyak waktu disekolah dibandingkan dengan anak-anak satu atau dua generasi yang lalu. Mereka menggunakan lebih sedikit imajinasi dan lebih banyak teknologi, yang telah terbukti dalam studi membuat orang kurang cerdas daripada mereka yang membaca buku .

Penyebab eksternal lainnya adalah suasana rumah yang tidak mendukung seperti otang tua yang sering bertengkar, kurang kasih sayang, orang-orang yang tinggal di rumah yang emosional dan memiliki lingkungan keluarga yang tidak diinginkan. Suasana seperti itulah yang menjengkelkan bagi seorang anak, sehingga mereka kurang bersemangat belajar. Berikut adalah8 cara untuk mendorong pengembangan pembelajaran awal untuk bayi Anda:

1. Ajak bayi anda keluar dan melihat-lihat lingkungan di luar rumah. Saat Anda membawa bayi untuk melihat bunga, burung dan mobil dan mengucapkan kata-kata dari benda-benda tersebut maka bayi Anda akan belajar hal-hal ini, serta menjadi lebih waspada dan sadar akan lingkungannya.

2. Bawa bayi ke mana-mana. Dia bisa bertemu orang-orang, melihat dunia dan menonton orang lain bukan hanya menatap ruangan sendiri setiap hari. Pengalaman ini bisa sangat merangsang mental baginya dan orang-orang akan membantu dia mengembangkan sosialnya. Lakukan hal-hal dengan bayi yang biasanya Anda lakukan. Biarkan dia melihat Anda menyikat gigi, rambut dan berpakaian. Meskipun butuh waktu lebih lama bagi Anda untuk melakukan tugas-tugas sederhana, bayi akan belajar dan menonton semua yang Anda lakukan. Hal ini membuat mengajarinya lebih mudah dan lebih cepat.

3. Hindari menonton TV. Beberapa orang tua membiarkan bayi mereka di depan TV karena mereka terlalu lelah atau malas untuk berinteraksi dengan mereka. Jika bayi Anda menonton TV sebaiknya orangtua menemani sehingga Anda dapat memandu dan berinteraksi dengan bayi Anda hal ini akan membantu minat bayi dalam belajar.

4. Dengarkan musik , bernyanyi dan menari dengan bayi. Bayi sangat senang dengan music atau bunyi-bunyian, tempo upbeat dan gaya energik membuat suasana hati bayi Anda menjadi senang, serta merangsang pikirannya.

5. Biarkan orang lain menggendong bayi Anda. Selama orang tersebut baik, melakukan hal ini akan membantu bayi Anda belajar tentang individualitas. Bayi tidak memiliki prasangka, penilaian atau kekhawatiran mengenai apakah seseorang gemuk atau kurus, baik atau tidak. Biarkan orang memegang bayi Anda dan dia akan belajar tentang karakteristik manusia.

6. Tetap bahagia, walaupun Anda lagi ada masalah. Karena bayi bias menangkap energi Anda. Jika Anda berada dalam suasana hati yang buruk, sedih, kesal atau marah, bayi juga akan menjadi tertekan. Selalu tersenyum dan membuat bayi Anda merasa baik. Suasana bahagia membuat bayi lebih cerdas.

7. Merangsang dengan mainan . Tentu saja setiap bayi mencintai mainan. Pilihlah mainan yang merangsang pikiran mereka. Anda juga bisa bermain dengan bayi Anda dengan membuat terowongan untuk merangkak dan keluar dari selimut, bermain cilukba, bermain walker dan ide-ide lain yang Anda buat sendiri akan merangsang bayi Anda.

8. Perkenalkan bayi Anda lebih dari satu bahasa. Anda mungkin berpikir itu akan membingungkan bayi Anda, padahal sebenarnya ini adalah waktu terbaik untuk membuat anak Anda mengenal banyak bahasa.

Ya, membuat bayi Anda cerdas membutuhkan kerja keras dan merupakan tugas yang tidak pernah berakhir, bernyanyi dan menari dengan bayi. Bayi sangat senang dengan music atau bunyi-bunyian, tempo upbeat dan gaya energik membuat suasana hati bayi Anda menjadi senang, serta merangsang pikirannya.

Hikmah Ketawa!

1. mengurangkan tekanan/stress
~mereka yang suka ketawa dapat mengurangkan kesan stress yang mengecutkan salur darah!

2. menguatkan otot
~Percaya atau tidak, ketawa 100 kali sehari, memberi kesan yang sama seperti kita mengayuh basikal 15 minit! Ketawa juga riadah paling berkesan untuk bahagian belakang badan, bahu dan kaki.

3. membangkitkan emosi positif
~dengan menonton filem komedi seperti siri Mr. Bean, perasaan bersedih boleh bertukar gembira dan sekali gus memberi kesan positif kepada emosi yang stress.

4. ketawa membentuk peribadi mantap
~orang yang gemar ketawa dan tersenyum sebenarnya seorang yang berfikiran terbuka. Juga mampu tersenyum dalam situasi penuh tekanan, menjelaskan kematangan seseorang menghadapi masalah/cabaran dihadapi.

5. awet muda!
~tak percaya?Percayalah....sebab ketawa mampu meningkatkan pembentukan sel positif yang menjadi pelindung kepada banyak penyakit dan jangkitan. Lantaran itu, hati kita menjadi senang sebab badan sihat, otak pun cerdas!

*...dengan itu sulamilah hidup kita dengan ketawa kerana ketawa menjadi terapi terbaik yang tidak melibatkan apa-apa bayaran pun~ianya anugerah percuma yang diberikan oleh Pencipta kepada setiap makhluk...hargailah peluang ini selagi anda boleh ketawa!*

.....tapi harus diingat, ketawa yang berlebihan
akan mematikan hati,oleh itu ketawalah
secara berpada-pada atau
senyum itu pun sudah memadai....


Read more: http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2010/11/hikmah-ketawa.html#ixzz2mBr8cPfW
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Jangan Bersedih dan Putus Asa dari Rahmat Allah!

Jangan Bersedih dan Putus Asa dari Rahmat Allah! {Sesungguhnya, tiada berputus ada dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir.} (QS. Yusuf: 87). {Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan meyakini bahwa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan Kami, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki.} (QS. Yusuf: 110).

{Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan, demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.} (QS.A1-Anbiyr:88) {Dan, kamu menyangka kepada Allah dengan bermacam-macam prasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat.} (QS. Al-Ahzab: 10-11).

Setiap tangisan akan berujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim a.s. Dan itu, karena pertolongan Ilahi membuka "jendela" seraya berkata: {Hai api menjadi dinginlah dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.} (QS. Al-Anbiya': 69).
Lautan luas tak kuasa menenggelamkan Kalimur Rahman (Musa a.s). Itu, tak lain karena suara agung kala itu telah bertitah, {Sekali-kali tidak akan tersusul. Sesungguhnya, Rabb-ku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku.} (QS. Asy-Syu'ara:: 62).
Ketika bersembunyi dari kejaran kaum kafir dalam sebuah gua, Nabi Muhammad s.a.w. yang ma'shum mengabarkan kepada Abu Bakar bahwa Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi ada bersama mereka. Sehingga, rasa aman, tenteram dan tenang pun datang menyelimuti Abu Bakar. 
Mereka yang terpaku pada waktu yang terbatas dan pada kondisi yang (mungkin) sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan, dan keputusasaan dalam hidup mereka. Itu, karena mereka hanya menatap dinding-dinding kamar dan pintu-pintu rumah mereka. Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan berpikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya.
Maka dari itu, jangan pernah merasa terhimpit sejengkalpun, karena setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus bergulir, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. 
Meski demikian, yang gaib akan tetap tersembunyi, dan Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifat-Nya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua. Tetapi sesungguhnya, setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.
Terima kasih sudah membaca  Jangan Bersedih dan Putus Asa dari Rahmat Allah! Laa tahzan, jangan bersedih.
Tags yang terkait: jangan bersedih, buku jangan bersedih, jangan bersedih kerana cinta, jangan bersedih lagi lirik, jangan bersedih pdf, jangan bersedih allah bersama kita, jangan bersedih jadilah wanita paling bahagia, hadis jangan bersedih, buku jangan bersedih,jangan bersedih don t sad, buku jangan bersedih lagi, buku jangan bersedih download,buku motivasi jangan bersedih, buku jangan bersedih la tahzan.

JANGAN BERPUTUS ASA

JANGAN BERPUTUS ASA
(DON’T GIVE UP)

“Hidup tanpa lawan tidaklah terasa indah. Hidup tanpa masalah adalah sepi, sunyi dan mati. Hidup ini akan indah apabila ada masalah.”
1. Ternyata dalam menjalani kehidupan, manusia sering dihadapkan dengan pelbagai masalah, cabaran yang datang membelenggu dan merosak jiwa.
2. Ada yang sedih kerana belum mendapat kerja, belum mendapat jodoh, kelakuan anak-anaknya, karenah/tekanan ketua, banyaknya hutang, difitnah, dikianati, hatinya disakiti dll.
3. Apapun masalah yang dihadapi kita tidak boleh berputus asa.
4. Anggaplah masalah hidup adalah rahmat dari Allah s.w.t.
5. Jika manusia tidak mempunyai keimanan, kesabaran dan keyakinan terhadap Allah s.w.t pasti akan berputus asa.
6. Sebagai umat Islam, kita diajar supaya tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa, mesti cekal seperti firman Allah s.w.t : Bermaksud ; “ Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang kafir.” (Surah Yusuf : 87)

4 PERKARA YANG MEROSAK/MENGHANCURKAN KEHIDUPAN MANUSIA

1. Rasa putus asa - sifat semulajadi manusia sifat lemah
2. Kebosanan - sikap tidak bertanggungjawab hilang kesabaran
3. Kemalasan - tidak ingin bekerja/tidak mahu merasa letih
4. Kegelisahan - timbul akibat kecintaannya kepada dunia (masa silam, masa depan dan penyakit kejiwaan)

FENOMENA KEBOSANAN YANG SERING BERLAKU KEPADA KITA

1. Bosan belajar - Belajar satu bebanan/tekanan
2. Bosan bekerja – Ramai yang berlumba-lumba mencari kerja tetapi ramai juga yang bosan bekerja tapi yang nyata, mereka tidak pernah bosan menerima gaji setiap bulan
3. Bosan berniaga
4. Bosan belajar agama
5. Bosan di rumah
6. Bosan menjaga anak/mengurus keluarga
7. Bosan memimpin
8. Bosan hidup – kecewa – bunuh diri

MENGAPA TIMBUL KEBOSANAN ?

1. Kesibukan ‘Monoton’
- Melakukan suatu perkara/pekerjaan yang sama secara berulang-ulang dengan proses yang sama, suasana yang sama, hasil yang sama dalam tempoh yang lama.
2. Prestasi Buntu
- Kemerosotan dalam prestasi kerja.
- Hasil yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan setelah sekian lama bekerja kuat.
3. Kurang Minat
- Menceburi sesuatu yang tidak diminati.
- Kerja ‘setengah hati’/sambil lewa.
- Umpama menelan makanan yang tidak menyelerakan
4. Penolakan Hati Nurani
- Tinggal /berkecimpung didalam lingkungan yang tidak sesuai dengan hati nurani.
5. Krisis Moral
- Terjebak dengan perkara negatif – judi, minum arak, kaki perempuan dll.
- Ketika seseorang semakin nekad untuk berbuat dosa semakin hebat pula tekanan menimpa.
6. Penghargaan Kosong
- Tiada penghargaan diberi oleh Ketua/Pemimpin terhadap prestasi/pengorbanan yang dilakukan.
- Ketua - sukar mengucapkan kata-kata terima kasih kepada orang bawahannya.
7. Ketegangan Berpanjangan
- Ketegangan dalam hidup adakalanya perlu supaya kehidupan tidak terasa mendatar tetapi ketegangan yang berpanjangan - menimbulkan kebosanan serius - berubah jadi  tekanan yang lebih buruk.
8. Perlakuan Buruk
- Hubungan antara pemimpin dengan orang bawahannya, pengurus dengan pekerja. Cthnya; Majikan menyiksa pembantu rumah, Ketua meremehkan pekerja bawahan, Pemimpin mencemuh secara melampau dll.
9. Amalan Rasuah
- Bukan hanya mengambil harta negara untuk kepentingan sendiri tetapi amalan rasuah adalah segala bentuk penyalahgunaan kuasa.
Cthnya; - Ketua memihak kepada individu tertentu, Tidak adil dalam aspek pengurusan dll.

KESAN BURUK KEBOSANAN
1. Sebagai penyakit - Ketika bosan terhalang meneruskan kerja.
2. Produktiviti menurun - Malas bekerja, semangat luntur.
3. Rancangan gagal.
4. Hasil kerja tidak matang.
5. Orientasi berubah.
6. Timbul sikap suka mengganggu urusan orang lain.
7. Sikap antipati – sikap kebencian luarbiasa terhadap sebab-sebab kebosanannya.
8. Mencari pelarian.
9. Menyuburkan perilaku hiporkrit – talam dua muka/munafik.

TERAPI MENGATASI KEBOSANAN
1. Rehat Sekejap
- Tidurlah dengan tenang – sesudah bangun tubuh terasa segar, kepala ringan
- Berhenti ‘kerja’ sekejap.
2. Ubah Persekitaran
- Ubah suasana tempat kerja – susunan perabot, hiasan/warna dinding.
- Ubah jadual harian/mingguan/bulanan.
- Ubah jalan ke tempat kerja.
3. Kebersihan & Kerapian
- Suasana bersih, rapi dan teratur indah di pandang mata.
- Ubah cara penampilan diri – pakai kemas, wangi dan cantik.
4. Cari Kesibukan Lain
- Alih perhatian kepada perkara lain - kita akan dapat pengalaman berbeza
5. Memakan Buah Segar
- Secara material buah-buahan mengandungi air, serat, mineral, vitamin, gula, zat warna dan
juga aroma.
- Air, mineral dan vitamin berpengaruh positif bagi kesegaran tubuh manusia dan memecah rasa bosan.
6. Mandi Air Sejuk
- Ketika siraman air telah merata di seluruh tubuh, sebahagian air akan masuk ke pori-pori kulit, akan membuat permukaan tubuh terasa segar, fikiran cair dan hati lapang.
7. Lakukan Pemicitan
- Pemicitan ke atas bahagian tubuh tertentu – kepala. Leher, belakang, tapak kaki/tangan akan melancarkan oksigen ke otak dan menghasilkan kesegaran.
8. Meluahkan Perasaan
- Cara ini adalah terkesan ‘manja’
- Dengan cara meluahkan perasaan kepada orang yang boleh dipercayai - akan mengeluarkan tekanan-tekanan yang menyesak di dada.
- Jika perlu menangis, menangislah….
9. Carilah Hiburan Sihat
- Hiburan sihat, bermanafaat dan berkesan – Cth: bersantai dengan keluarga, berkebun, bersukan, berkhemah dll.
- Jangan cari hiburan buruk - ke disko, minum arak dan kaki perempuan.
10. Hadapilah Duniamu Dengan Senyuman
- Bercakaplah dengan orang disekeliling dengan bahasa senyuman.
- Apabila anda tersenyum kepada orang lain bermakna anda sedang memberi kebahagiaan kepada mereka.
11. Allah Adalah Pendamping Yang Terbaik
- Berdoalah kepada Allah s.w.t.
- Hanya Allah sahaja yang berkuasa memberi anugerah kepada hamba-hambaNya
- Dialah yang mengabulkan permohonan orang yang ditimpa kesusahan dan menghilangkan kesusahan yang mereka alami.
“ Maka kami kabulkan permintaannya dan kami selamatkan dia dari kesedihan. Demikianlah kami menyelamatkan orang-orang yang beriman”.
(Surah Al-Anbi’ya : 88)
SEKIAN, TERIMA KASIH
Wan Salmah binti Wan Hamat
Ketua Unit Pembangunan, Perolehan dan Aset
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

10 IKAN TERCANTIK DI SELURUH LAUTAN DAN TASIK DI DUNIA


Hye semua, kali ini nak cerita tentang ikan. tapi bukan ikan yang korang nak pancing or nak makan. Tapi nak story about ikan-ikan yang cantik dan sesuai dibela. Nak dijadikan Cerita, aku pun suka gak bela-bela ikan, tapi dari spesies yang kecik2 tapi berkaler maler. Cute sangat. Tapi kalau-kalau terdesak tu aku rasa  macam nak kidnap ikan Arowana kakak aku jer... dapat 80-100 ribu cukuplah.. ok..back to the topic. kat bawah ni senarai 10 jenis ikan yang tercantik di dunia.

Arowana milik kakak aku... ni mak dia.. bapak dia kena kunci dalam bilik khas.

TEKAN READ MORE UNTUK TERUSKAN 

10 - AFRICAN CICHLIDS
Ikan yang juga diberi nama “Sick-Lids” boleh ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi , Tananyika dan Victoria. Mampu  membesar sehingga 6-7 inci manakala bagi spesies Frontosoa pula ke 12-14 inci. Ikan-ikan ini adalah ikan air tawar yang mudah dipelihara di dalam akuarium rumah.
9 - PARROTFISH

Dinamakan sedemikian kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung.  Ikan ini menggunakan mulutnya untuk memecah dan memakan invertebrate (kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang seperti cacing, udang dan siput) kecil yang hidup di kawasan batu karang. Biasanya ia akan memakan keseluruhan bebatu karang atau pasir laut lalu mengunyah invertebrate yang ada di dalamnya dan kemudian membuang sisa-sisanya.
8- REGAL TANG
Pernah Nampak ikan ni…tentu kan didalam movie finding Nemo. Ikan ini tergolong dalam keluarga Surgeofish, yang memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutamanya untuk system pertahanan dalam menghadapi predator atau binantang pemangsa. Kecik-kecik pun dah main pisau..
7 - CORAL BEAUTY
Ikan ini tergolong dalam kumpulan Angelfish. Ikan-ikan ini bleh dibela dalam akuarium rumah dan mampu bertahan dengan baik walaupun anda seorang yang malas nak menjaga. Ini kerana ikan ini dari spesies ikan yang tahan lasak.
6 - FLAME ANGEL
Ikan ini memiliki hubungan rapat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty tetapi sifatnya tidak seteguh Coral Beauty. Aku pun tak faham ayat ni. Kena mengaji balik ni. Tapi maksudnya dia punya warna tidak kekal lama seperti ikan Coral Beauty.
5 - IKAN KOI
Yang ini sure ramai yang tahukan. Dapat no 5 ikan ini ada banyak variasi warna. Biasanya ikan Koi memiliki warna oren,merah,putih keemasan ataupun hitam. Beberapa penggemar ikan Koi sanggup membayar ribuan ringgit untuk seekor ikan koi hanya untuk mencari pola warnaya yang jarang-jarang didapati.
4-MOORISH IDOL
Bukan rancangan Idol tu ok. Ikan ini tergolong dalam golongan yang sukar dipelihara di rumah dan juga sangat mahal harganya. Tidak banyak sumber mengenai ikan ini.
3 - LIONFISH
Ikan ini juga digelar zebrafish. Tulang belakangnya memiliki racun yang sangat berbisa dan cukup efetif. Mereka yang memliharanya perlu berhati-hati ketika hendak membersihkan akuarium. Sayang…lawa tapi beracun.
2- DISCUS
Dah macam ikan berbincang pula..haha..ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang paling cantik. Harganya juga sangat mahal. Anaknya yang sepanjang 3 inci mampu mencecah 50-80 dolar Amerika
1-MANDARINFISH
Ada dua jenis dari spesies ini. Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Yang standard biasanya memiliki pola dan warna yang lebihbaik dibandingkan dengan jenis Psychedelic. Harganya tidak lebih dari 20 dollar seekor tetapi yang menjadi masalah adalah makannya. Ia Cuma memakan mikro-invertebrata yang hidup di batu karang . untuk memeliharanya di rumah memerlukan batu-batu karang yang mencukupi didalam akuarium bagi tempoh sebulan untuk membiarkan ia menyeseuaikan diri dengan suasana baru.


Virus komputer tercanggih didunia

1. Conficker




Conficker adalah virus buatan luar negeri dengan teknologi yang canggih. Virus yang memang menyebar hingga ke seluruh dunia ini memiliki bentuk yang berbeda dengan virus-virus lain yang kebanyakan berbentuk file EXE, Conficker berbentuk file DLL atau Dynamic Link Library. Kemampuannya dapat disetarakan dengan jenis Rootkit dan sifat polymorphic-nya membuat virus ini mempunyai bentuk yang dapat berubah-ubah. Di sebauh computer yang telah terinfeksi Conficker, pengguna tak akan dapat mengakses website antivirius atau Microsoft Updater. Virus ini menyebar di Indonesia melalui removable disk seperti flashdisk, memory card, harddisk eksternal.
2. Recycler


Layaknya pendahulunya, ciri khas dari Recycler yaitu cara bagaimana ia menyebar luas. Virus ini bersembunyi didalam direktori Recycler/Recycler/Recycle Bin. Selain itu, Recycler juga mengaplikasikan teknik code injection supaya kode virusnya dapat terselip dalam ‘explorer.exe’ yang merupakan bagian dari sistem. Hal tersebut menjadikan user ataupun aplikasi antivirus sekalipun untuk membasminya.
3. AutoIt


Umumnya varian dari virus ‘impor’ berbasis script ini memakai ikon yang serupa dengan ikon folder pada sistem operasi Windows. AutoIt mempunyai kemampuan untuk melakukan auto-update ke beberapa website. Selain itu, virus ini juga bisa memakai aplikasi instant messengger Yahoo! Messenger sebagai media penyebarannya.
4. Smansa


Smansa adalah virus yang dibikin dengan menggunakan bahasa pemrograman VB atau Visual Basic, apabila dilihat dengan menggunakan Windows Explorer dalam mode tampilan details, virus ini terlihat layaknya sebuah aplikasi standar tanpa ikon, tetapi bila dilihat dalam mode icons, ia terlihat sebagai sebuah folder. Smansa di-pack dengan memakai UPX, waktu menginfeksi komputer korban ia membuat file bernama ‘paket.exe’ serta ‘autorun.inf’ pada tiap-tiap root drive yang ia temui. File itu di-hidden supaya tak tampak pada setting standar Windows Explorer. Disamping itu, di flashdisk yang terinfeksi akan ditemui suatu pesan bernama kenang-kenangan.html dari si pembuat Smansa.

5. GhostyNet
 



GhostyNet juga merupakan virus ‘impor’, pada waktu virus ini berjalan, akan nampak sebuah pesan palsu atau ‘fake error’ bertuliskan yang seolah-olah membuat pengguna mengira jika telah terjadi crash walau sebenarnya virus ini sudah hinggap di memory kita. GhostyNet menciptakan 2 item baru pada Windows Registry yang bernama avpupdt serta ctfmon. Hampir sama dengan virus Smansa, ia juga menaruh sebuah pesan bernama index.html pada root drive sistem operasi.

kebaikan dan keburukan facebook kepada pelajar !!!

PENGENALAN:
Teknologi di era globalisasi telah mengalami kemajuan yang seragam dengan media komunikasi bersaing untuk memberikan informasi tanpa batasan. Dunia kini telah dan sedang berubah dalam proses revolusi informasi dan komunikasi yang melahirkan peradaban baru sehingga mempermudah manusia untuk saling berhubungan serta meningkatkan system  sosial. Kehadiran media massa, seperti surat kabar, radio, televisyen dan internet, sebagai komunikasi abad modem telah berpengaruh luas. Suatu pesan atau berita dengan mudah dapat diterima oleh masyarakat dalam waktu yang relatif singkat.
Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan Negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangt menentng penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur.
Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. 
Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya “Teknologi Maklumat”. Internet digunakan dengan meluas dinihari ini kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cept dan padat walaupun maklumat itu belum pasti kesahihannya.
 Facebook merupakan salah satu hasil ciptaan dalam perkembangan dunia teknologi hari ini (Iskandar 2010) yang digunakan dalam teknologi internet. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Iskandar,2010).Melalui Facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengguna Facebook boleh mempamirkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman Facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi.  

SEJARAH FACEBOOK:
Facebook adalah sebuah rangkaian sosial yang baru saja dirintis pada tahun 2006 oleh seorang mahasiswa Harvard yang bernama Mark Zuckerberg. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg lahir lahir pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Serikat (AS).
Idea terawal ketika dia bersekolah di Exeter High School, New HampshirSaat itulah dia berkenalan dengan Adam D’Angelo. Zuckerberg lulus dan masuk Harvard University, awalnya membuat program Coursematch yang memungkinkan mahasiswa di kelas yang sama hebat melihat daftar teman-teman sekelas. Projek selanjutnya membuat facemash.com. Di laman ini, para pengunjung boleh memberi komen keatas  foto seorang siswa, dan membuat Zuckerberg dipanggil oleh Badan Administrasi Universitas Harvard kerana dianggap merosakkan sistem komputer kampus, melanggar peraturan priversi di internet, dan melanggar hak cipta.
Oleh hal demikian ia mebuat Facebook dan diterbitkan pada tahun 2004. Dalam waktu singkat dua per tiga mahasiswa Harvard jadi pengguna Facebook. Teman sebiliknya, Dustin Moskovitz dan Chris Hugh, berhasil mengembangkan rangkaian ini ke Universitas Stanford, Columbia, Yale, Ivy College, dan beberapa sekolah lainnya di wilayah Boston.dalam waktu yang singkat mereka telah memperkembangkan talian ini ke 30 buah sekolah.
Zuckerberg bersama Moskovitz dan beberapa teman lain pindah ke Palo Alto, California, pada  musim panas 2004 dan menyewa rumah kecil buat pejabatnya. Oleh kerana ingin mengerjakan Facebook dengan serius mereka meninggalkan Harvard. Di pejabatnya itulah Zuckerberg bertemu Peter Thiel, Pendiri Paypal, yang memberikan dana sebesar US$ 500.000 ,merupakan invos pertama mereka sehingga mereka boleh berpindah ke pejabat yang lebih besar di Universitas Avenue yang dinamai sebagai pejabat “Kampus Urban”.
Pada 23 Ogos 2005 Zuckerberg membeli domain facebook.com dari Aboutface Corporation senilai US$ 200.000 atau sekitar Rp 1,86 bilion. Pada 2 September 2005, Zuckerberg memperkenalakan status Facebook khusus untuk anak-anak sekolah menengah atas. Hanya dalam waktu 15 hari sejak peluncurannya, sebagian besar sekolah di AS sudah menjadi anggotanya. Pada akhir tahun 2005, Facebook telah mempunyai sekitar 2.000 kampus dan 25.000 sekolah menengah atas di AS, Kanada, Inggris, Meksiko, Puerto Riko, Australia, Selandia Baru dan Irlandia.
Pada 27 Februari 2006, dia mulai mengizinkan para mahasiswa yang menjadi pengguna rangkaian ini untuk menambahkan siswa-siswa SMA sebagai temannya. Pada April 2006, pemberi dana kepada rangkaian pertama ini  iaitu Peter Thiel, Greylock Partners, dan Meritech Capital Partners, menambah dana mereka kedalam rangkaian ini iaitu  US$ 25 juta. Facebook pun masuk ke India melalui Institut Teknologi India dan Institut Manajemen India.Peter Thiel, memanggarkan status talian social ini dapat mencapai US$ 1 milion pada 2015. Pada saat itu, nilai perusahaan pun bakal menjadi US$ 8 milion.
Facebook membeli perusahaan Parakey Inc., dari Blake Ross dan Joe Hewitt, pada Juli 2007. Parakey adalah produsen aplikasi komputer yang mempermudah pemindahan data berupa tulisan, gambar dan video kesebuah status di internet. Bill Gates, pada Oktober 2007 membeli 1,6% saham Facebook  berharga US$ 240 juta. Hal ini kerana, Zuckerberg tidak berniat menjual semua saham Facebook sekaligus.
Pada 7 November 2007, talian ini meluncurkan layanan terbaru berupa pemasangan iklan dengan sistem yang disebut Facebook Beacon. Triliuner Hongkong, Li Ka-shing, tertarik untuk menanamkan duit sebanyak US$ 60 juta di Facebook pada 30 November 2007.
Sekarang jumlah pegawainya sendiri telah mencapai 400 orang. Namun, Facebook adalah perusahaan unik. Para eksekutif dan pekerjanya masih berusia muda, antara 24 tahun-37 tahun. Pejabat  besar Facebook lebih mirip asrama mahasiswa. Para pegawai, yang setiap hari mendapat upahnya bekerja sambil melakukan kegiatan kegemarannya. Ada yang bermain gitar, bersepeda, main pesawat kontrol, atau bergoyang ditemani musik racikan seorang disc jockey (DJ). Mereka juga tak perlu berpakaian rapi.
Meski sudah mampu menghimpun harta kekayaan hingga US$ 3 bilion atau sekitar Rp 27,9 triliun Zuckerberg tetap tampil apa adanya, seperti pemuda kebanyakan yang menggemari pakaian santai. Kini, rangkian facebook telah terkenal di setiap pelusuk dunia Sehinggalah akhirnya Facebook boleh di gunakan di seluruh dunia. Semua penggunan boleh berhubung secara bebas dengan menggunakan facebook.
Statistik yang diperolehi melalui perkembangan dunia jaringan sosial mendapati 50% penggunanya aktif mendaftar masuk ke Facebook setiap hari. Ertinya paling tidak ada 175 juta pengguna setiap 24 jam sekali. Facebook juga memiliki jumlah anggota hingga 350 juta di dunia. Lebih dari 35 juta pengguna Facebook mengupdate statusnya setiap hari. Gambar yang dimasukkan di Facebook telah meningkat 100%, saat ini sekitar 2,5 juta gambar telah dimasukkan ke laman Facebook setiap bulan. Lebih dari 700,000 perniagaan mengaktifkan halaman penggemar di Facebook . Statistik menunjukkan peratusan pengguna wanita dari negara ini melebihi jumlah pengguna lelaki iaitu sebanyak 1,723,360 berbanding 1,678,140 pendaftar lelaki. Penggunaan Facebook seluruh dunia sehingga Februari 2010 ialah seramai 316,402,840(statistic jaringan social,2010).
KEBAIKAN FACEBOOK:
Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul.Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas. Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Contohnya,Sasterawan Negara Datuk A. Samat Said dan Perdana Menteri Dato’Seri Najib pun mempunyai Facebook khabarnya sudah mempunyai hamper tiga puluh ribu orang rakan dan telah ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai Facebook. 
Penggunaan Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui Facebook pengguna boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian Facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan Facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.

Setiap kali kita masuk ke laman Facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputusSetiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama Facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke Facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman Facebook mereka.
Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman di sesuati tempat yang menarik pasti ramai yang akan member respond an cadangan yang menarik. Melalui Facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan. 
Banyak permainan yang terdapat di dalam Facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Selain itu, Facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang. contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan.
Alat perantara untuk perniagaan:
Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.
Selain itu, perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung oleh perniaga. Contohnya, kos pengiklanan, kos talian(telefon) dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada para peniaga. Langkah yang paling berkesan untuk mempromosikan jualan kita di Facebook ialah, kita mesti terus menerus berkongsi sesuatu di Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini bagi memastikan kita ‘visible’ pada diri rakan-rakan di Facebook. Kalau sekejap timbul sekejap tenggelam,orang tidak akan ingat siapa kita. Utamakan kandungan berbanding mempromosi semata-mata. Dengan banyak memasukkan info seperti di bahagian status, rakan-rakan di Facebook akan sedar akan kewujudan kita. Daripada itu, Elakkan promosi berlebih-lebihan di Facebook kerana ia tidak membantu bisnes untuk jangka masa yang lama. Hal ini kerana, Facebook adalah tempat membina dan mengembangkan jenama (bisnes). Kurang sesuai untuk menjual semata-mata.
Sebagai medium menambahkan ilmu pengetahuan:
Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, Facebook memang sangat baik digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi,kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya manfaatkanlah jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui Facebook ini melalui perbincangan, forum atau isi yang menarik yang boleh dibicangkan bersama rakan-rakan.
Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diertikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita pahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun ceramah yang dilakukan juru agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang tak terbendung lagi, maka aktiviti syiar pun berkembang mengikut perkembangan zaman. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media, Facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur, 2009).
Melalui Facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan bertukar-tukar pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai kegemaran bermain futsal. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan “pemain futsal ”. Dari kumpulan itu, kita akan memperolehi pelbagai info yang menarik tentang bermain futsal yang baik. Ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang bermain futsal ini.
Penggunaan Facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di Facebook. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi.Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup mereka. Sememangnya kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti google namun apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui.
Facebook mampu mewujudkan hubungan Satu Malaysia:
Apa yang kita sedia maklum, telah wujud Facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu Facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Datuk Seri Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda. Datuk Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai Facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat.
Datuk Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi Television (NDTV), semasa lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua mereka minum teh dengannya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa tertentu. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen Facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya.
Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan,” beliau memberitahu penembual NDTV dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata para pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran (The Malaysiainsider, 2010). 
Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia juga telah mewujudkan Facebook Group 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap gagasan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun Facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia marilah kita menyahut seruan Malaysia dengan menjadi rakan dalam Facebook 1 Malaysia.
Membina dan berkongsi nota:
Selain daripada itu, facebook juga digunakan untuk membina dan berkongsi nota kuliah. Nota dalam facebook adalah sama konsepnya dengan blog. Ia boleh ditulis secara berkata seperti jurnal atas talian(blog)yang lain. Kita boleh setkan aras privasi untuk menentukan siapakah yang boleh membacanya.(Iskandar & Zaitun,2010).Malah, jika kita seorang pelajar, kita juga boleh berkongsi nota dengan rakan-rakan dalam rangkaian ini. Cara ini lebih menjimatkan masa dan kos.
Di Universiti Malaysia Sabah, juga ada sesetengah pensyarahnya menggunakan kemudahan ini. Contohnya bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Dunia (TITAS),pensyarah akan mengpostkan nota ringkas untuk lebih kefahaman pelajarnya. Malah, pensyarahnya juga sudi berkongsi pengetahuan yang di miliki  dengan pelajarnya. Ini merupakan cara berkesan meningkatkan pengetahuan para pelajar dan cara ini juga dapat menarik minat pelajar keatas subjek ini. Hal ini kerana, boleh dikatakan para mahasiswa leboh suka membaca nota secara online berbanding membuka buku.
Seterusnya, penggunaan Facebook secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. Dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku.
Diguna untuk menyebarkan dakwah:
Golongan belia sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat dan bermanfaat untuk agama serta masyarakat.Usaha dakwah memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam. Untuk itu, golongan belia tidak perlu berasa rendah diri dan hendaklah bijak mengaplikasikan kemahiran dimiliki untuk menyumbang ke arah memperkasa usaha dakwah.(Ruzain,2010)
Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan oleh golongan belia. Kewujudan Faceboook member peliang untuk golongan muda untuk berdakwah walaupun hanya sekadar kecil-kecikan. Antara contoh yang boleh di gunakan ialah memasukkan aplikasi dan perisian jawi, bahasa Arab berbentuk permainan dan kuiz dalam talian boleh direka cipta bagi menambah nilai pengajaran pendidikan Islam.
Selain itu, para remaja juga boleh menjalankan perniagaan seperti penjualan buku dakwah melalui laman Facebook. Cara ini juga merupakan langkah awal  bagi proses pengembangan ilmu yang boleh berkembang dengan pantas dan meluas. Peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk belia. Kemudahan muat turun video kedalam profil yang berunsur kesenian Islam perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran video-vidoe dari barat terutamanya yang semakin meluas dan di gilai oleh para belia.
KEBURUKAN FACEBOOK:
Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan Facebook, pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang pengguna Facebook leka dan lalai melayan Facebook seperti asyik bermain game atau berbual bersama rakan. Selain dari membuang masa, pengguna Facebook juga akan membazir elektrik kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu sahaja, akibar daripada kelalaian pengguna menggunakan Facebook, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyik dengan Facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan kuliah. Ada yang lebih teruk lagi, kadang-kala pengguna Facebook yang terlalu taksub dengan Facebook boleh lalai dan lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yang tidak dapat dijangkakan, seperti penyakit susah tidur dan sakit perut.
Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua pengguna Facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya.
Penggunaan kod sumber palsu:
Facebook adalah tapak sesawang rangkaian sosial. Sebagaimana tapak sesawang rangkaian social yang lain, pasti ada kontroversinya. Di Malaysia laporan akhbar yang melaporkan keburukan yang melibatkan penggunaan tapak sesawang rangkaian social seperti Facebook ini adalah perkara biasa.
Penggunaan Facebook juga penah disekat dibeberapa Negara termaksud Syria,Cina,Vietnam dan Iran. Terdapat banyak tempat yang mengharamkan penggunaan Facebook di premis mereka kerana pekerja banyak menghabiskan masa menggunakan Facebook ini. Malah, ada university tempatan yang pernah melarang kakitangannya menggunakan Facebook di waktu bekerja. Mereka hanya dapat menggunakan Facebook di pejabat Universiti selepas pukul 5.00 petang.
Facebook juga pernah diambil tindakan undang-undang kerana beberapa isu penggunaan kod sumber milik orang dan seramai rakan serta peminat telah dijual oleh penggguna kepada bisnes untuk tujuan promosi produk. Dalam kajian yang di buat, Facebook pernah disenaraikan sebagai tapak sesawang paling popular dan paling ramai yang pengguna. Jadi suka atau tidak, Facebook akan kekal sebagai tapak sesawang yang paling popular dan diguna pakai ramai. Terpulang pada anda untuk menggunakan dan mengikut tren semasa atau sebaliknya.
Facebook sebagai tempat penyebaran fitnah:
Penggunaan Facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah di ruangan Facebook dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang akan menimbulkan pergaduhan jika tidak dicegah. Pakar pendidikan dari Universiti Negeri Padang (UNP), Prof. DR. Nurtain mengatakan kini banyak pelajar dan mahasiswa yang tidak memanfaatkan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi internet untuk hal-hal positif namun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang tidak bermanfaat (E.Pendidikan.com). Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu banyak waktu untuk bermain Games Online. Waktu ini sebaiknya digunakan untuk menambah kemampuan mengulangkaji pelajaran dari sekolah. Sebagai siswa-siswi yang bertanggungjawab kita perlu pandai menguruskan masa untuk menggunakan jaringan sosial ini agar digunakan dengan betul dan sesuai pada waktunya.
Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media massa seperti Facebook bukan perjuagan semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Mungkin kerana mereka takut dengan pihak polis. Barangkali dengan penggunaan Facebook, dapat menutup maklumat peribadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook adalah satu medium yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun cara ini bukanlah satu cara yang terbaik. Untuk menuntut keadilan atau hak seseorang perlulah diperjuangkan dengan cara yang betul iaitu melalui prosedur undang-undang negara yang telah ditetapkan.Penyalahgunaan laman web sosial boleh menyebabkan seseorang di jatuhkan hukuman dan bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Jika ditanya kepada pakcik–pakcik di kedai kopi, makcik–makcik dipasar dan juga budak–budak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa itu Facebook. Facebook bukan sahaja tempat untuk menghubungkan talian yang telah lama terputus, namun medium ini boleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
Tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman Facebook. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembaca diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?
Contoh paling dekat sekali seperti Hani Tarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga Adukateruna, mereka ini antara manusia – manusia yang gagal menggunakan akal mereka dalam meluahkan perasaan atau pendapat didalam shout box Facobook. Kalau dilihat perwatakkan mereka, mereka bukanlah seorang yang bodoh tetapi mengapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataan–kenyataan yang bodoh didalam Facebook? Mereka tidak terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akan memecahbelahkan kaum atau menguris hati seseorang individu bahkan akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri.
Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia mungkin tidak senang duduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette Lincoln yang menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka terhegeh–hegeh merayu kepada orang ramai agar tidak memaparkan komen–komen kurang ajar mereka di internet dan juga Adukateruna, yang sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah kerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan hanya mementingkan perasaan mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan kesannya dengan apa yang mereka lakukan. Dan setelah kontorversi yang dilakukan oleh mereka mendapat bantahan orang ramai barulah mereka terhegeh-hegeh hendak meminta maaf.
Mereka sepatutnya mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pengguna Facebook sebelum ini yang telah ditahan pihak berkuasa kerana kesilapan yang dibuat oleh mereka, bukannya terhegeh–hegeh meminta maaf setelah melakukan kontroversi. Walaupun mereka semua ini sudah memohon maaf diatas tindakan tidak berakal mereka ini, belum tentu semua orang akan memaafkan mereka. Memang benarlah pepatah orang–orang tua, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sampai bila–bila perbuatan mereka akan dikenang oleh orang ramai. Malah ada yang menunggu masa untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Usaha menjatuhkan seseorang melalui Facebook sebenarnya menunjukkan kelemahan dan ketidakberaniaan seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenaran tetap akan berpihak kepada yang benar dan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Diharap selepas ini tiada isu–isu seperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitiviti perlu dijaga, dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis, bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di Facebook sekarang dipantau oleh pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melempiaskan amarah atau pendapat anda di Facebook. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak menjadi isu kelak.
KESIMPULAN:
Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan keburukan Facebook yang kita boleh perolehi. Sebenarnya semua bergantung kepada cara kita menggunakan Facebook tersebut. Penggunaan Facebook yang betul menjadikan kesan yang baik dan penggunaan facebook yang salah menjadikan kesan penggunaan yang tidak baik. 
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu menggunakan teknologi ini sebaiknya agar teknologi ini tidak menjadi salah satu masalah kepada negara. Selain itu juga, kita perlu bijak dalam menggunakan teknologi Facebook ini dalam pembahagian masa agar ianya tidak merugikan kita. Terutamanya kepada para pelajar dan penuntut di Universiti. Sebagai seorang yang berpelajaran, kita perlu bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Oleh itu, gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata.