Saturday, 30 November 2013

JANGAN BERPUTUS ASA

JANGAN BERPUTUS ASA
(DON’T GIVE UP)

“Hidup tanpa lawan tidaklah terasa indah. Hidup tanpa masalah adalah sepi, sunyi dan mati. Hidup ini akan indah apabila ada masalah.”
1. Ternyata dalam menjalani kehidupan, manusia sering dihadapkan dengan pelbagai masalah, cabaran yang datang membelenggu dan merosak jiwa.
2. Ada yang sedih kerana belum mendapat kerja, belum mendapat jodoh, kelakuan anak-anaknya, karenah/tekanan ketua, banyaknya hutang, difitnah, dikianati, hatinya disakiti dll.
3. Apapun masalah yang dihadapi kita tidak boleh berputus asa.
4. Anggaplah masalah hidup adalah rahmat dari Allah s.w.t.
5. Jika manusia tidak mempunyai keimanan, kesabaran dan keyakinan terhadap Allah s.w.t pasti akan berputus asa.
6. Sebagai umat Islam, kita diajar supaya tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa, mesti cekal seperti firman Allah s.w.t : Bermaksud ; “ Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang kafir.” (Surah Yusuf : 87)

4 PERKARA YANG MEROSAK/MENGHANCURKAN KEHIDUPAN MANUSIA

1. Rasa putus asa - sifat semulajadi manusia sifat lemah
2. Kebosanan - sikap tidak bertanggungjawab hilang kesabaran
3. Kemalasan - tidak ingin bekerja/tidak mahu merasa letih
4. Kegelisahan - timbul akibat kecintaannya kepada dunia (masa silam, masa depan dan penyakit kejiwaan)

FENOMENA KEBOSANAN YANG SERING BERLAKU KEPADA KITA

1. Bosan belajar - Belajar satu bebanan/tekanan
2. Bosan bekerja – Ramai yang berlumba-lumba mencari kerja tetapi ramai juga yang bosan bekerja tapi yang nyata, mereka tidak pernah bosan menerima gaji setiap bulan
3. Bosan berniaga
4. Bosan belajar agama
5. Bosan di rumah
6. Bosan menjaga anak/mengurus keluarga
7. Bosan memimpin
8. Bosan hidup – kecewa – bunuh diri

MENGAPA TIMBUL KEBOSANAN ?

1. Kesibukan ‘Monoton’
- Melakukan suatu perkara/pekerjaan yang sama secara berulang-ulang dengan proses yang sama, suasana yang sama, hasil yang sama dalam tempoh yang lama.
2. Prestasi Buntu
- Kemerosotan dalam prestasi kerja.
- Hasil yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan setelah sekian lama bekerja kuat.
3. Kurang Minat
- Menceburi sesuatu yang tidak diminati.
- Kerja ‘setengah hati’/sambil lewa.
- Umpama menelan makanan yang tidak menyelerakan
4. Penolakan Hati Nurani
- Tinggal /berkecimpung didalam lingkungan yang tidak sesuai dengan hati nurani.
5. Krisis Moral
- Terjebak dengan perkara negatif – judi, minum arak, kaki perempuan dll.
- Ketika seseorang semakin nekad untuk berbuat dosa semakin hebat pula tekanan menimpa.
6. Penghargaan Kosong
- Tiada penghargaan diberi oleh Ketua/Pemimpin terhadap prestasi/pengorbanan yang dilakukan.
- Ketua - sukar mengucapkan kata-kata terima kasih kepada orang bawahannya.
7. Ketegangan Berpanjangan
- Ketegangan dalam hidup adakalanya perlu supaya kehidupan tidak terasa mendatar tetapi ketegangan yang berpanjangan - menimbulkan kebosanan serius - berubah jadi  tekanan yang lebih buruk.
8. Perlakuan Buruk
- Hubungan antara pemimpin dengan orang bawahannya, pengurus dengan pekerja. Cthnya; Majikan menyiksa pembantu rumah, Ketua meremehkan pekerja bawahan, Pemimpin mencemuh secara melampau dll.
9. Amalan Rasuah
- Bukan hanya mengambil harta negara untuk kepentingan sendiri tetapi amalan rasuah adalah segala bentuk penyalahgunaan kuasa.
Cthnya; - Ketua memihak kepada individu tertentu, Tidak adil dalam aspek pengurusan dll.

KESAN BURUK KEBOSANAN
1. Sebagai penyakit - Ketika bosan terhalang meneruskan kerja.
2. Produktiviti menurun - Malas bekerja, semangat luntur.
3. Rancangan gagal.
4. Hasil kerja tidak matang.
5. Orientasi berubah.
6. Timbul sikap suka mengganggu urusan orang lain.
7. Sikap antipati – sikap kebencian luarbiasa terhadap sebab-sebab kebosanannya.
8. Mencari pelarian.
9. Menyuburkan perilaku hiporkrit – talam dua muka/munafik.

TERAPI MENGATASI KEBOSANAN
1. Rehat Sekejap
- Tidurlah dengan tenang – sesudah bangun tubuh terasa segar, kepala ringan
- Berhenti ‘kerja’ sekejap.
2. Ubah Persekitaran
- Ubah suasana tempat kerja – susunan perabot, hiasan/warna dinding.
- Ubah jadual harian/mingguan/bulanan.
- Ubah jalan ke tempat kerja.
3. Kebersihan & Kerapian
- Suasana bersih, rapi dan teratur indah di pandang mata.
- Ubah cara penampilan diri – pakai kemas, wangi dan cantik.
4. Cari Kesibukan Lain
- Alih perhatian kepada perkara lain - kita akan dapat pengalaman berbeza
5. Memakan Buah Segar
- Secara material buah-buahan mengandungi air, serat, mineral, vitamin, gula, zat warna dan
juga aroma.
- Air, mineral dan vitamin berpengaruh positif bagi kesegaran tubuh manusia dan memecah rasa bosan.
6. Mandi Air Sejuk
- Ketika siraman air telah merata di seluruh tubuh, sebahagian air akan masuk ke pori-pori kulit, akan membuat permukaan tubuh terasa segar, fikiran cair dan hati lapang.
7. Lakukan Pemicitan
- Pemicitan ke atas bahagian tubuh tertentu – kepala. Leher, belakang, tapak kaki/tangan akan melancarkan oksigen ke otak dan menghasilkan kesegaran.
8. Meluahkan Perasaan
- Cara ini adalah terkesan ‘manja’
- Dengan cara meluahkan perasaan kepada orang yang boleh dipercayai - akan mengeluarkan tekanan-tekanan yang menyesak di dada.
- Jika perlu menangis, menangislah….
9. Carilah Hiburan Sihat
- Hiburan sihat, bermanafaat dan berkesan – Cth: bersantai dengan keluarga, berkebun, bersukan, berkhemah dll.
- Jangan cari hiburan buruk - ke disko, minum arak dan kaki perempuan.
10. Hadapilah Duniamu Dengan Senyuman
- Bercakaplah dengan orang disekeliling dengan bahasa senyuman.
- Apabila anda tersenyum kepada orang lain bermakna anda sedang memberi kebahagiaan kepada mereka.
11. Allah Adalah Pendamping Yang Terbaik
- Berdoalah kepada Allah s.w.t.
- Hanya Allah sahaja yang berkuasa memberi anugerah kepada hamba-hambaNya
- Dialah yang mengabulkan permohonan orang yang ditimpa kesusahan dan menghilangkan kesusahan yang mereka alami.
“ Maka kami kabulkan permintaannya dan kami selamatkan dia dari kesedihan. Demikianlah kami menyelamatkan orang-orang yang beriman”.
(Surah Al-Anbi’ya : 88)
SEKIAN, TERIMA KASIH
Wan Salmah binti Wan Hamat
Ketua Unit Pembangunan, Perolehan dan Aset
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

No comments:

Post a Comment