Dadah Dan Ciri-cirinya
"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai
ciri-ciri seperti berikut:-
1.
mempunyai kesan
paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
2.
digunakan bukan
untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
3.
diperlehi secara
haram;
4.
membawa kepada
pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap
dadah;
5.
mendatangkan
kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Jeni-jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;
b)Kanabis - ganja, hashish;
c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat
serta tranquilizer;
d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan
e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin,
psilosibin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol),
alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan
dadah dari sgi kesannya.
Dadah Perangsang
-Kita mengalami perasaan seronok atau sugul keranan dirangsang oleh
otak. Ia membawa keriangan atau kepetahan dan gelak tawa yakni rasa
seronok
-Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat ubatan.
-Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan gelagat keriangan
yang agak palsu.
-Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi yakni dari
segi kelincahan dan petuturan.
-keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan jika
dibandingkan dengan keseronokan semulajadi.
-oleh itu , pengguna akan sering merasa resah gelisah dan mudah
merasa dalam kebimbangan dan mudah rengsa.
-Petuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar untuk difahami
-Tubuh akan menggeletar dan tidak ada selera untuk makan atau minum
-pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa menghiraukan persekitaran
samada makan atau minum
-jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan
sehingga mencetus satu keadaan kecemasan atau keresahan yang tidak
dapat dikawal
-kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan
ginjal tidak terkawal. dan maut akan menyusul.
Dadah Penekan
- ia merangsang fungsi otak dengan kesan yang berlawanan dengan
dadahperangsang
-pengguna tidak langsung aktif tetapi tertekan dan sugul
-rasa lesu dan malas untuk membuat sesuatu pekerjaan
-mengantuk, pertuturan menjadi lambat dan meleret leret
-tumpuan pengguna menjadi rendah dan tidak peduli akan keadaan
sekelliling
-contoh:
- ubat ubatan tidur, menyebabkan seseorang mengantuk
- tidak sedarkan diri , jika berlebihan akan membawa maut
- fungsi badan, jantung , pernafasan dan buah pinggang terjejas
- contoh lain: candu/morfin/heroin
narkotik/kodein(ubat batuk)<--sederhana
Dadah halusinogen
contoh dadah
:LSD,PCP, dadah rekaan
akibat:
-persepsi si pengguna akan berubah
-tidak akan berpijak ke alam nyata
-contohnya: merasakan diri seolah olah boleh terbang atau
dapatberjumpa dengan tuhan
-juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan
-emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk
-dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi.
-cth: arak : mabuk , cenderung untuk tidur, pergerakan terhoyong
hayang
-cth rokok tembakau: boleh menekan fungsi otak kerana kesan awalan
adalahuntuk merangsang otak ,oleh itu tidak dirasakan dengan serius oleh
pengguna.
Ancaman `ECSTASY' dan Dadah Rekaan
Dr Rahmat Awang
Baru-baru ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja
kita. Berbeza dengan dadah-dadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja direka khas
untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu. Umumnya kumpulan ini dipanggil
designer drug. Pada masa ini, dua kelas utama dadah designer telah dicipta dan
digunakan secara meluas. Ia terdiri daripada kumpulan feniletilamina dan
kumpulan opiod sintetik.
Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang
serius dan dibendung oleh kita. Sebenarnya banyak perkara yang belum diketahui
tentang kesemua kesan dadah-dadah ini. Malah ketulenan dan keseragaman kekuatan
dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu. Penghasilan secara haram oleh
ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal yang tidak lengkap serta kawalan mutu
yang rendah
sering menjadikan drug tersebut lebih merbahaya. Ruangan ini
menekankan tentang kumpulan feniletilamin.
Kesan Penggunaan Feniletilamina
Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia,
peningkatan mood, empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan
dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang
digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan
penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta merasakan
diri seolah-olah berada dalam alam fantasi. Pada dos yang besar, menghampiri
paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi (rasa khayal). Apabila
digunakan buat pertama kali atau jika dicemari dengan hasil sampingan toksik,
pengguna biasanya akan mengalami keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan
pemikiran yang tidak menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah
peningkatan sel darah putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan
otot-otot dan peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang feniletilamina pula
biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan mendapat
penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin memerlukan rawatan jangka
panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi
visual, dan auditori serta ilusi yang menakutkan. Kajian pada haiwan
menunjukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan jangka panjang.
Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran
seperti yang berikut:
ICE
ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah di antara dadah
designer terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat beberapa nama
lain yang digunakan untuk metamfetamina oleh penagih dadah. Di antaranya
termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK, dan METH. Metamfetamina
hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat
digemari oleh penagih dadah terutama setelah menyedari bahawa penggunaan jarum
meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Ia mempunyai kesan tindakan yang cepat dan
kurang rangsangan jantung berbanding amfetamina. Apabila dihisap, kesannya
terus dirasakan dalam masa yang agak panjang iaitu di antara lapan sehingga dua
puluh empat jam. Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia (rasa
ketakutan), rasa terdesak, dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu
yang membahayakan. Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan kehadiran
plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik.
LOVE DRUG
LOVE DRUG iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula
diperkenalkan pada tahun 1967 dan boleh membuat seseorang mengalami euforia
serta empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang tidak diingini.
Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian yang berkaitan
dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4-metilindioksifenil-3-aminobutane)
yang terbentuk dalam proses pembikinan tersebut.
ECSTACY
Dadah ini adalah dari kumpulanfeniletilamina yang paling
kontroversi sekali. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA
(3,4-metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah dadah designer dan
pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk
mengenali diri sendiri dengan lebih baik serta meningkatkan keupayaan
berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama ECSTASY, XTC,
dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di dalam otak untuk memberikan
kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-ciri halusinogen. MDEA
(3,4-metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang
mempunyai kesan yang berbeza berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang.
Pada dos yang rendah, MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia.
Keinginan untuk memulakan hubungan seks menurun dan pengguna akan mengalami
sedikit halusinasi visual. Selain daripada kesan ini, pengguna juga kehilangan
selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung yang cepat, berpeluh
seluruh anggota, dan pergerakan yang tidak menentu. Kesan sampingan MDMA yang
dialami oleh penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung
pada kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang
terganggu, gian, rasa ketakutan, dan serangan depresi. Dua masalah yang ketara
berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan menjadi terlalu tinggi.
(hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian (dehidrasi) oleh
badan, terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering. Apabila ini berlaku
suhu badan akan meningkat - dicirikan dengan pening kepala, keletihan, pengsan,
gelugut dan muntah-muntah. Sekiranya suhu badan meningkat kepada 40(C darah
mula membeku di saluran darah dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak
terkawal di bahagian lain. Kesudahan ia boleh menyebabkan maut. Akibat daripada
ini ramai yang cuba meminum air dengan banyaknya, ada hingga 20 liter dalam
beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut membahayakan kerana bahan-bahan
galian yang telah hilang tidak turut digantikan malah boleh menyebabkan darah
menjadi cair dan sel-sel (termasuk sel-sel di otak) menjadi 'kembang' dan
kemudiannya rosak. Maut akan menyusul. Secara jangka panjangnya Ecstasy boleh
menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh sel-sel didalamnya serta juga
mengganggu perjalanan bahan kimia semulajadi otak. Selepas menggunakan Ecstasy
seseorang itu akan merasa sugul serta merasai semula pengalaman pahit yang
silam. Di samping itu ia memberi beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan
seakan-akan gila.
1.
Faktor-faktor
mempengaruhi kesan-kesan dadah.
Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikuti individu dan
bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:-
- jenis dadah
- perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samaada ia merosotkan (contohnya,heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosot dan merangsangkan (contohnya, ganja).
- jumlah digunakan
- kesan dari dos kecil adalah berbeza dari kesan dos besar, contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
- cara penggunaan
- kesan dadah bergantung kepada cara (sama ada ditelan, suntik, hidu, hisap, atau diguna bersama dadah lain), jangkamasa dan kekerapan mengguna.
- keadaan individu
- kesan adalah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah, ‘mod’ dan aktiviti penagih.
- situasi ketika mengguna
- keadaaan/tempat mengguna dadah dan samada ada, atau tiada orang lain hadir bersama.
Jenis-jenis Dadah Yang Popular Pada Masa Kini
1.
Morfin
Dikenali juga sebagai "M", "White Stuff",
"White Powder", "Monkey", "Dreamer",
"Morpho", "Tab", "Morb", "Cubes",
"Emsel" dan "Melter". Morfin ialah sejenis alkaloid yang
diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi
sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau
morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara
menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil
morfin.
2. Ganja
Ianya dikenali sebagai "Kanabis Herba", "Marijuana/Grass",
"Pot/Weed", "Bhang", "Kif", "Takrouri"
dan "Dagga". Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun
dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan
dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih
kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
- Kokain
No comments:
Post a Comment