Isu kali ini akan mengupas petua untuk menjadi pelajar cemerlang, namun beberapa halangan perlu diatasi segera.
Suka Bertangguh-Tangguh
Pada
awal tahun biasanya pelajar berasa cukup selesa dan berasakan bahawa
terdapat banyak masa lagi untuk mengulang kaji pelajaran. Jadi, mereka
mengabaikan sahaja waktu yang ada untuk mengulang kaji pelajaran.
Apabila tiba waktu peperiksaan, semuanya akan menjadi kelam-kabut.
Akibatnya, keputusan peperiksaan tidak memberangsangkan.
Oleh
sebab itu, buatlah persediaan lebih awal sebelum menghadapi peperiksaan
yang akan ditempuh. Elakkan daripada sikap menangguhkan kerja. Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Tidak Belajar Secara Berkumpulan
Belajar
secara berkumpulan adalah satu cara belajar yang amat berkesan
sekiranya diamalkan dengan betul. Akan tetapi ramai pelajar tidak
mengetahui hakikat ini dan lebih gemar belajar bersendirian.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan tidak ramai yang mempraktikkan belajar secara berkumpulan, antaranya:
1. Berasa Diri Sudah Pandai
Tanggapan
seperti ini salah kerana sepandai mana pun anda, dengan mengajar atau
mendengar orang lain bercakap mengenai sesuatu, anda akan dapat
memperbaiki kefahaman anda. Bahkan dengan membuat ulang kaji, maklumat
yang diterima itu menjadi “long term memory” atau ingatan
jangka panjang. Di samping itu, setiap orang mempunyai kelebihan
masing-masing dan setiap orang mempunyai kefahaman yang
berbeza. Mungkin anda bijak dalam pelajaran matematik, manakala kawan
anda bijak dalam pelajaran bahasa Inggeris. Anda boleh saling melengkapi
antara satu dengan yang lain.
2. Malu Mengakui Kelemahan Diri.
Setiap
insan diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai kelebihan dan kelemahan
yang tersendiri. Sehebat mana pun seseorang itu, tentu mempunyai
kelemahan juga. Maka dengan mengenal pasti kelemahan yang ada pada diri
sendiri, anda boleh mengambil langkah positif untuk memperbaiki dan
mengatasi kelemahan itu.
3. Tidak Kenal Kehebatan Diri
Sesungguhnya
Allah S.W.T telah menciptakan makhlukNya dengan penuh kesempurnaan.
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik dan dimuliakan kerana
kita dikurniakan akal fikiran yang tidak dianugerahkan kepada makhluk
lain.
Manusia
berbeza dengan haiwan kerana manusia diberikan akal untuk berfikir.
Nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ini haruslah disyukuri dan
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Setiap
manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh
sebab itu kita perlu mencari dan menonjolkan kelebihan yang dimiliki
serta memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri.
Walau
bagaimanapun, jika diperhatikan fenomena pada hari ini, ramai pelajar
gagal mengenal pasti kelebihan dan kehebatan diri sendiri. Alhasil, rasa
rendah diri akan wujud, terutama apabila berhadapan dengan pelajar yang
lebih pintar. Setelah gagal sekali, mereka terus mengalah dan mengakui
bahawa mereka memang tidak pandai dan tiada harapan untuk berjaya.
Pelajar yang tidak mengenal kehebatan diri, sukar untuk berjaya dalam
pelajaran kerana dia mudah menyerah kalah sebelum berjuang.
LANGKAH-LANGKAH PELAJAR CEMERLANG
Pelajar cemerlang terjadi dengan susah payah, bukan terjadi dengan diri sendiri.
Langkah 1: Taat kepada Allah S.W.T
Taat
bererti sentiasa mematuhi suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan
laranganNya. Ketaatan kepada Allah mestilah secara mutlak dan secara
keseluruhan. Hal ini bererti kita tidak boleh memilih untuk melakukan
suruhan Allah yang kita gemar dan meninggalkan amalan yang dirasakan
sukar tetapi kita mesti mengambil kesemuanya.
Ciri-ciri pelajar yang sentiasa memelihara hubungannya dengan Allah ialah:
§ Melaksanakan solat fardhu dan ibadah wajib yang lain seperti berpuasa.
§ Membuat kebajikan dan kebaikan seperti menolong ibu bapa dan rakan seperjuangan.
§ Menjaga kebersihan fizikal, mental dan rohani.
§ Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T .
§ Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T.
§ Sentiasa bertaubat memohon keampunan Allah S.W.T
§ Menjaga batas-batas pergaulan seperti yang dituntut oleh syarak.
§ Menghormati guru, ibu bapa dan mereka yang lebih tua.
Langkah 2: Doakan Ibu Bapa
Ibu
bapa adalah orang yang sewajarnya diberikan penghormatan yang tinggi
kerana pengorbanan mereka membesarkan anda dan seterusnya mengasuh dan
mendidik anda menjadi insan yang berguna. Setiap hari anda haruslah
mendoakan kesejahteraan ibu bapa selain mendoakan kejayaan anda sendiri.
Restu
ibu bapa juga harus dipohon bagi membolehkan anaknya mendapat
keberkatan dan ketenangan semasa belajar dan dapat menghadapi kesulitan.
Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran yang besar buat anak yang
mendoakan ibu bapa dan membuat kebajikan.
Langkah 3:Hormat dan Sayang kepada Guru
Guru
bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada kita. Oleh yang demikian,
pelajar seharusnya menyayangi dan menghormati guru. Islam sendiri
meletakkan guru di tahap dan darjat yang amat mulia dan tinggi
No comments:
Post a Comment